SHAH ALAM: Meskipun sudah sebulan setengah pemergian insan istimewa arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin, namun keletah dan aksinya sentiasa dalam ingatan.
Ibu Allahyarham, Ismanira Abdul Manaf, 29, berkata, setiap masa hatinya akan mengimbau kenangan manis bersama anak kesayangan yang tidak pernah luput daripada kotak pemikiran.
Menurutnya, aksi manja Zayn Rayyan masih segar dalam ingatan dan ia sukar dibuang daripada kehidupan seharian.
Jelasnya, memori indah sering bermain di fikiran dan menggamit kerinduan.
"Memang susah untuk melupakan kenangan terindah bersama anak istimewa kami itu (Zayn Rayyan).
"Kenangan bersamanya sentiasa bermain di fikiran kami sekeluarga. Dia sentiasa di hati saya.
"Meskipun saya reda dengan ketentuan Ilahi, tetapi saya tidak tahu sampai bila kesedihan ini akan terubat sepenuhnya," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Isma berkata, dia sekeluarga sentiasa mendoakan kebaikan buat anak kesayangannya itu dan berada dalam kalangan insan-insan yang dirahmati ALLAH SWT.
Jelasnya, tiada apa yang dipinta selain kebahagiaan arwah Zayn Rayyan di sana dan bahagia sementara menanti dirinya sekeluarga bertemu di akhirat kelak.
"Kami sekeluarga sentiasa mendoakan kebahagiaan buat arwah Zayn di sana.
"Dengan izin Allah, kami akan bertemu kembali dalam sebuah keluarga yang dirahmati dan dilimpahi kasih sayang," ujarnya.
Meskipun kadang kala hati terusik hiba, Isma berkata, dia cuba untuk berfikiran positif dan menguatkan semangat.
Menurutnya, suami tercinta dan seluruh ahli keluarga sentiasa ada untuk memberi kekuatan bagi menempuh segala ujian daripada-Nya.
Katanya, dia sangat bersyukur mempunyai keluarga yang sentiasa memberi semangat dan meneruskan kehidupan seharian.
Tambahnya, dia sekeluarga juga berterima kasih kepada semua pihak dan orang ramai yang sentiasa memberi kata semangat serta mendoakan yang terbaik buat arwah Zayn Rayyan.
Isma berkata, dia dan suami kini berada di rumah keluarga di Taman Subang Bestari, Subang Jaya, Selangor.
Dalam pada itu, Ismanira sangat berharap agar pelaku jenayah pembunuhan anaknya akan dapat ditangkap oleh pihak polis.
"Kami sekeluarga memang sangat mengharapkan ada keajaiban supaya pelaku ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 22 2024
Ismanira sering terbayang dan mengingati momen indah bersama Zayn Rayyan. - Gambar/ Sinar Harian
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Kes Zayn Rayyan: Polis nafi lambat bertindak
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua pihak boleh menilai sendiri berdasarkan liputan yang dibuat secara meluas sepanjang siasatan dijalankan.
Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan - Pengarah JSJ Bukit Aman
Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ganjaran RM20,000 beri maklumat kes bunuh Zayn Rayyan
Ganjaran ditawarkan sebagai salah satu usaha dalam memastikan individu terlibat dalam kes ini dapat segera dibawa ke muka pengadilan.
Zayn Rayyan sentiasa dalam ingatan - Ibu
Meskipun sudah sebulan setengah pemergian insan istimewa arwah Zayn Rayyan Abdul Matiin, namun keletah dan aksinya sentiasa dalam ingatan.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN
Siasatan melibatkan pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Tiada perkembangan baharu - Ayob Khan
Ayob Khan menegaskan pihaknya tidak pernah menghentikan siasatan ke atas kes berkenaan.
Polis teruskan siasatan, tidak klasifikasi kes Zayn Rayyan 'NFA'
Hussein Omar memberi jaminan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan dihentikan.
Ibu Zayn Rayyan beri izin orang ramai ziarah kubur
Ismanira berkata ramai yang menyatakan hasrat mahu menziarahi pusara Zayn, terletak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Kes Zayn Rayyan: Polis tunggu laporan semakan Interpol
PDRM masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis minta bantuan Interpol
Polis memohon bantuan daripada Interpol untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.